Posts

Showing posts from November, 2023
Image
 

Yang Paling Patah Antara Kita

Image
  Pesanan ringkas daripada penulis.

Siapa Sangka Terjatuh Cinta

Image
  Kalau teringin untuk baca bacaan yang ringan, yang ini saya syorkan. Bukan jenis cerita biasa tetapi banyak mengajar tentang cara komunikasi, personaliti diri; introvert & extrovert, cara bertoleransi antara sama lain dan sebagainya.  Seperti naik roller coaster  bila baca. Dan sangat menarik kisah Arif dan Mawarti ini.

Intertekstual

Image
  Salam anak senja 🙌 Saya ada sebut tentang intertekstual dalam entri lalu, ia merupakan salah satu tema cerpen yang bagus yang patut diangkat dalam karya-karya pengarang. Intertekstual atau nama lainnya ialah Dialogika ini diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926 dalam buku beliau; The Dialogic Imagination . Beliau berpendapat bahawa semua karya sastera terhasil adalah berdasarkan dialog antara teks dengan teks-teks yang lain. Ini bermaksud, setiap teks yang terlibat terdapat perkaitan dengan teks lain.  Sebagai info tambahan, intertekstual terdiri daripada 10 prinsip;  parallel,  modifikasi, demitefikasi,  eksistensi,  transformasi, haplologi, ekserp,  ekspansi,  konversi, dan defamiliarisasi.  Pernah tengok filem 'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'? Yang ada aktor bernama Reza Rahadian itu, ha yang itulah. Nak tahu tidak yang filem ini adalah berdasarkan karya agung HAMKA. Yang juga merupakan seorang tokoh falsafah dan penulis terkemuka Indonesia. (Pengarang kegem

Jalinan Budi

Image
  Seminar Antara Ranting Kemuning dengan Kesusasteraan Melayu Singapura dikendalikan atas talian disampaikan oleh Dr. Mawar Safei yang merupakan pensyarah kursus Penulisan Kreatif.  Penulisan Kreatif adalah satu kursus wajib pusat bagi pelajar Persuratan Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu Tahun 2.  Pelbagai perihal yang dikupas oleh Dr. Mawar melalui seminar ini.  Salah satunya ialah Dr. Mawar mengetengahkan tentang Dampak Struktur & Mauduk dalam Cerpen Melayu Mutakhir Malaysia. Cerpen yang bagus adalah cerpen yang berkaitan dengan intertekstual , perlambangan, terdapat pengaruh sastera dunia, tentang alam sekitar, agama Islam, politik, kemanusiaan, eksperimental dan sebagainya. ' Cerita tanpa ilmu itu satu yang hampir sia-sia', kata Dr. Mawar.  Dr. Mawar juga ada berkongsi berdasarkan kerangka  Puitika Sastera Melayu yang dikarang oleh Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh , beliau mengemukakan 6 ciri keindahan yang perlu ada dalam karya kesusasteraan Melayu yang dihasi

Tentang ACWP

Image
  ACWP atau dikenali sebagai Program Penulisan Kreatif Asia merupakan satu inisiatif bersama antara Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC) dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Program Penulisan Kreatif Asia dibangunkan daripada program Writing in Residency  yang memperkasakan dan memperluaskan pengarang di seluruh Singapura yang mengaplikasikan bahasa rasmi Singapura iaitu; bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil.  Seperti yang terdapat pada laman web ACWP, matlamat program tersebut adalah untuk memberikan asas yang kukuh kepada penulis dan penterjemah dalam laluan kerjaya mereka. ACWP juga bertujuan untuk menyokong himpunan bakat sastera di Singapura dengan melaksanakan program pembangunan untuk meningkatkan hasil penulisan dan nilai karya kreatif para pengarang. Serta menggalakkan persilangan dan apresiasi antara budaya dengan pengarang dan perterjemah dalam 4 bahasa tersebut. Melalui pembacaan saya, program ini  membaw

Lawatan ke DBP

Image
  1 November 2023 Kami, pelajar yang mengambil subjek Novel Melayu melawat Dewan Bahasa dan Pustaka di KL sempena Seminar Pemikiran Sasterawan Negara; Siti Zainon Ismail. Jujur kata ini kali pertama jejak di sini. Rasa terpana sebab di sini jua tempat segala imaginasi, idea, karya yang diterbitkan. Oh, daripada gambar itu boleh lihat saya duduk di bahagian hadapan tetapi terlindung sedikit sebab bahagian kiri ada kamera dan rostrum , tapi tidak mengapa.  Kami disajikan dengan pendokumentasian hasil penyelidikan daripada pengkaji-pengkaji perihal pemikiran Sasterawan Negara. Pada masa yang sama, seminar ini berperanan dalam mengetengahkan pemikiran dan falsafah yang bernilai tinggi dalam karya Sasterawan Negara dan memperkasakan kesusasteraan kebangsaan melalui aktiviti wacana dan penghasilan kertas kajian. Itu apa yang tertera dalam buku program yang ahli DBP bagi di kaunter pendaftaran 😬 Melalui seminar yang bertajuk Siti Zainon Ismail: Kembara Seni Berpadu dalam Puisi dan Prosa , ba