Posts

Showing posts from January, 2024

Study Week?

Image
telah masuk fasa menjadi panda, makan, tidur entah ke mana, lofi girl menjadi peneman setia ketika belajar. selamat berjuang rakan-rakan <3

Sejati

Image
S ahabat, diri ini berterima kasih kerana kau, diri ini masih tetap tabah dalam setiap perkara. Walaupun sekecil-kecil benda. Kerana kau juga, aku merasa bebas untuk luahkan segala yang ada menerawang di benak.  Terima kasih kerana hadir dalam hidup seseorang yang tiada apa.  
Image
  makin lama makin aku sedar, seni itu mampu mengekspresikan aksara yang tidak terluahkan.
Image
Tidak semua penyakit mental itu sama. Secara umum dapat dibahagi kepada tiga kumpulan utama; 1) Neurosis -gangguan dan perubahan pada pemikiran, perasaan dan perwatakan tanpa jejaskan kewarasan seseorang -sedar akan keadaan kesihatan sendiri -kemurungan yang berpanjangan melebihi tempoh dua minggu -berdebar-debar dan takut melampau yang tidak tahu apa puncanya 2) Psikosis - gangguan dan perubahan ketara pada pemikiran, perasaan, perwatakan serta jejaskan kewarasan seseorang -alami suara-suara ghaib yang komunikasi dengan individu tersebut -delusi -hilang kawalan -terlalu gembira (fasa manik)/terlalu sedih (fasa hipomanik) 3) Kecelaruan Personaliti -perwatakan yang tidak tetap -beri implikasi pada hubungan interpersonal dan orang sekeliling 
Image
  "...menemukan keindahan dalam diri kita sendiri." (Purnama, 2024)

Kacau

Image
Serabut. Penat. Sedih. Resah. Celaru. —Itu semua simptom yang boleh akibatkan gangguan pada fungsi otak. Penyakit mental boleh menyebabkan perubahan kepada tingkah laku, emosi dan proses pemikiran. Seterusnya boleh menjejaskan aktiviti seharian individu tersebut. Cakap mengenai konteks yang sama, cerpen yang saya tulis ada petunjuk yang menggambarkan watak utama mempunyai penyakit dari segi mental. Tapi secara samar, saja saya mewujudkan unsur saspens kepada para pembaca. 👀 Iaitu tekanan psikologi dan emosi yang mendalam mencetuskan rasa terbeban, cemas dan ketidakpastian. Sebagai info tambahan, penyakit mental adalah antara 5 penyakit yang boleh menerbitkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangka pada tahun 2020 akan menjadi penyakit kedua tertinggi, itu apa yang  didapati pada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  
Image
Kama menyusun bicara satu per satu, “Di sebalik setiap goresan, terdapat cerita. Di sebalik setiap warna, terdapat emosi. Seni adalah wadah kita berbicara dengan dunia tanpa aksara.”   (Purnama, 2024) 
Image
belajar untuk kata 'tidak'. 
Image
aku masih berusaha untuk teruskan,  aku cuba untuk kuat, ternyata amat payah.
Image
 

Penulis Jalanan

Image
  Berkata soal buku. Buku ini menjadi kegemaran saya pada waktu sekarang.  Mengisahkan tentang perjalanan seseorang dalam fasa pekerjaan. Bermula dari kerja di kota London dan pulang semula ke Malaysia untuk sambung berkhidmat di negara tercinta. Tetapi, lain pula jadinya.  Banyak mengajar tentang kebangkitan dalam kehidupan. Apa pun yang kita buat sekarang, jangan pernah mengalah, teruskan. Kalau penat, rehat sekejap. Dan, sambung semula.
Image
  Jejak Buku & Kopi. Nama kedainya. Di Bandar Puteri Bangi. Saya suka suasana dia. Bukan sahaja jual buku-buku terbitan Jejak Tarbiah dan lain-lain tapi ada juga pencuci mulut. Sambil baca buku, makan kek. Boleh bayangkan tak?
Image
  Mendaki. Salah satu hajat yang belum dipenuhi. Pernah dulu sekali, tapi tak syok sangat sebab saya pakai selipar. Jadi,  tak dikira. Saya nak sangat sekurang-kurangnya sekali lagi pun jadilah.
Image
  tiba-tiba rasa nak pergi jauh dari dunia.