Seminar Antara Ranting Kemuning dengan Kesusasteraan Melayu Singapura dikendalikan atas talian disampaikan oleh Dr. Mawar Safei yang merupakan pensyarah kursus Penulisan Kreatif. Penulisan Kreatif adalah satu kursus wajib pusat bagi pelajar Persuratan Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu Tahun 2. Pelbagai perihal yang dikupas oleh Dr. Mawar melalui seminar ini. Salah satunya ialah Dr. Mawar mengetengahkan tentang Dampak Struktur & Mauduk dalam Cerpen Melayu Mutakhir Malaysia. Cerpen yang bagus adalah cerpen yang berkaitan dengan intertekstual , perlambangan, terdapat pengaruh sastera dunia, tentang alam sekitar, agama Islam, politik, kemanusiaan, eksperimental dan sebagainya. ' Cerita tanpa ilmu itu satu yang hampir sia-sia', kata Dr. Mawar. Dr. Mawar juga ada berkongsi berdasarkan kerangka Puitika Sastera Melayu yang dikarang oleh Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh , beliau mengemukakan 6 ciri keindahan yang perlu ada dalam karya kesusasteraan Melayu yang dihasi
Salam anak senja 🙌 Saya ada sebut tentang intertekstual dalam entri lalu, ia merupakan salah satu tema cerpen yang bagus yang patut diangkat dalam karya-karya pengarang. Intertekstual atau nama lainnya ialah Dialogika ini diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926 dalam buku beliau; The Dialogic Imagination . Beliau berpendapat bahawa semua karya sastera terhasil adalah berdasarkan dialog antara teks dengan teks-teks yang lain. Ini bermaksud, setiap teks yang terlibat terdapat perkaitan dengan teks lain. Sebagai info tambahan, intertekstual terdiri daripada 10 prinsip; parallel, modifikasi, demitefikasi, eksistensi, transformasi, haplologi, ekserp, ekspansi, konversi, dan defamiliarisasi. Pernah tengok filem 'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'? Yang ada aktor bernama Reza Rahadian itu, ha yang itulah. Nak tahu tidak yang filem ini adalah berdasarkan karya agung HAMKA. Yang juga merupakan seorang tokoh falsafah dan penulis terkemuka Indonesia. (Pengarang kegem
buku itu sering menjadi teman setia, saat aku mulai kenal akan diriku sendiri ternyata ia suatu yang buatkan aku sukar dipisahkan seakan secangkir kopi yang mendampingi ruang sang pembaca persis jumantara dihiasi mega persis candra ditemani kartika persis ujana didandani puspita
Comments
Post a Comment